MUZAKARAH 6 SIFAT ”6 SIFAT SAHABAT BUKANLAH KESEMPURNAAN AGAMA, TETAPI JIKA KITA DAPAT AMAL KITA AKAN DAPAT AMAL AGAMA DENGAN SEMPURNA, INSYALLAH.” 1. Laa ilaaha illallah Muhammadurrasulullah Laa ilaaha illallah
Maksud : -Allah kuasa, Makhluk tiada kuasa. Meyakini segala sesuatu atas kehendak dan kudrat allah. Cara mendapatkannya : 1. Dakwah tentang kelebihan Laa ilaaha illallah pada org Lain. 2. Gunakan mata untuk melihat kebesaran Allah,telinga untuk mendengar kebesaran Allah,mulut selalu bicara kebesaran Allah,akalselalu berfikir kebesaran Allah. 3. Doa semoga Allah berikan hakikat/sifat tersebut. Kelebihan : 1. Iman sebesar biji zarah,Allah berikan syurga seluas 10 kali lipat dunia. 2. Org yg mengucapkan Laa ilaaha illallah di akhir hayat,di jamin masuk syurga. Muhammadurrasulullah Maksud : -Cara hidup suci murni (Sunnah) Nabi SAW bawa kejayaan dunia & akhirat. Cara mendapatkannya : 1. Dakwah. 2. Amalkan sunnah nabi (surah,sirah,salira)dlm kehidupan Sehari-hari 24jam. 3. Doa semoga Allah berikan kekuatan untuk amalkan sunnah nabi. Kelebihan : 1. Satu sunnah dihidupkan di zaman kerusakkan umat, Allah berikan 100 pahala syahid. 2. Siapa amalkan sunnah secara istiqama, akan masuk syurga bersama nabi.
2. Solat Khusu’ & Khudu’
Maksud : - Bawa ketaatan dlm solat di luar solat. Dlm solat baca quran,luar solat pun baca quran/dlm sholat tundukkan pandangan,luar solat pun tundukkan pandangan (tawadhu). Cara mendapatkannya : 1. Dakwah. 2. Amalkan solat-solat sunat,solat di awal waktu,solat berjemaah di masjid di mana azan dikumandangkan(lelaki). 3. Doa semoga Allah berikan hakikat solat. Kelebihan : 1. 5 jaminan jg solat : i) rezeki diberkati. ii) terhindar dari azab kubur. iii) menerima catatan amal tangan kanan. iv) meniti titian Sirat sepintas kilat. v) masuk syurga tanpa hisab. 3. Ilmu dengan zikir
Ilmu Maksud : - Tahu mana satu perintah Allah, tahu mana satu larangan Allah. - Tahu perintah allah yg didahulukan dan dikemudiankan. cara mendapatkannya : 1. Dakwah. 2. Jumpa alim ulama/ustaz belajar ilmu MASAIL(hukum hakam) dan baca/dengar bacaan ta'lim belajar ilmu FADHAIL. 3. Doa semoga Allah berikan hakikat Ilmu. Kelebihan : 1. seseorang yg beramal dengan ilmu lebih ditakuti syaitan daripada 1000 org ahli ibadah yg beramal tanpa ilmu. 2. seseorang yg keluar utk belajar ilmu,jika dia mati maka mati syahid. 3. malaikat mendoakan org yg menimba ilmu. Zikir Maksud : - ingat Allah setiap masa dan keadaan. Cara mendapatkannya : 1.Dakwah. 2.Amal zikir harian 300 X pagi dan petang Subhanallah,Alhamdullillah,Laaillahaillallah,Allahu akbar 100 kali, Selawat 100 kali Istighfar 100 kali. Amal baca Quran, solat sunah, doa-doa Masnun. 3.Doa semoga Allah bagi hakikat Zikir. Kelebihan : 1. Orang berzikir hidup di sisi Allah,tidak berzikir mati di sisi Allah. 2. masuk syurga tersenyum-senyum. 3. mematahkan kekuatan syaitan. 4. satu pintu syurga disediakan khas utk org yg istiqamah berzikir. 4. Ikram Muslimin Maksud : - tunaikan hak saudara tanpa tuntut hak balik (tanpa meminta balasan). Cara dapat : 1. Dakwah. 2. Menyayangi org islam semata-mata kerana satu kalimah dgn cr memuliakan alim ulama,hormati org tua,sayangi anak-kanak. 3.Doa semoga Allah bagi hakikat Ikram muslimin. Kelebihan : 1. Allah bagi 73 hasanah,1 sahaja sudah cukup keperluannya di dunia,72 lagi Allah bagi di akhirat. 2. Berjumpa dan berpisah semata-mata kerana Allah,salah satu drpd 7 golongan yg dinaungi arasy Allah di padang Mahsyar. 3. Org yg membatalkan iktikafnya di masjid semata-mata menunaikan hak saudara,Allah bagi pahala iktikaf setahun.seseorang yg beriktikaf di masjid ,Allah jauhkan dia dari neraka sejauh 3 parit.1 parit jaraknya antara langit & bumi. 5. Ikhlas Niat - buat sesuatu perkara baik semata-mata kerana Allah,dan tinggalkan sesuatu perkara buruk semata-mata kerana Allah. Cara dapat : 1. Dakwah. 2. Periksa niat sebelum,semasa dan selepas setiap amalan 3. Doa semoga Allah bagi hakikat Ikhlas. Kelebihan : 1. membesarkan ganjaran setiap amalan.sedekah sebiji tamar dengan ikhlas Allah bagi ganjaran sebesar gunung Uhud. 2. Ikhlas menyebabkan amalan sesorang diterima Allah. 3. Org yg tidak ikhlas beramal (riak),dihumban ke dlm neraka dgn mukanya ditelangkup dan diseret di tanah. 6. Dakwah (mengajak)& Tabligh (menyampaikan) Maksud : - usaha bagaimana agama yg sempurna dpt wujud dlm diri,ahli keluarga dan seluruh umat (seluruh umat beriman dan taat perintah allah,lelaki akil baligh dpt solat berjemaah 5 waktu di masjid dan wanita2 dpt tutup aurat dgn sempurna). - ubah salah faham bahawa harta,diri dan masa bukan milik kita tapi milik Allah ( gunakannya ikut kehendak Allah ). Cara dapat : 1. Dakwah. 2. Buat pengorbanan atas agama dgn Gunakan harta,diri dan masa di jalan Allah,serta buat 5 amal masjid,hidupkan dakwah,ibadat,talim talum dan khidmat dlm masjid,buat hubungan dengan markas,sambut takaza agama. 3. Doa supaya Allah pilih dan istiqamah dlm usaha agama dan Allah pilih anak isteri dan zuriat keturunan dan seluruh umat islam dalam usaha agama. Kelebihan : 1. sepagi sepetang di jalan Allah LEBIH BAIK dari dunia dan seisi isinya. 2. seketika di jalan Allah LEBIH BAIK daripada beribadat di hadapan hajarul aswad,di malam lailatulqadar. 3.Debu-debu yg melekat di badan org yg keluar di jalan Allah diharamkan hatta asap api neraka memyentuhnya 4. Malaikat yg menjunjung Arasy mendoakan keampunan kepada org yg keluar di jalan Allah. 5. sehari di jalan Allah lebih baik daripada seribu hari yang lain. ”SEMOGA APA YANG KITA TAHU/DENGAR KITA CUBA AMAL DAN SAMPAIKAN PADA ORG LAIN, INSYALLAH”